Penduduk di Kampung La, Hulu Besut, Terengganu gesa kerajaan cari jalan penyelesaian tuntas termasuk membuka kawasan penempatan baru yang lebih selamat.<br /><br />Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung La, Abdul Razak Laboh, mereka tidak mampu lagi menanggung kerugian ribuan ringgit serta risiko keselamatan susulan banjir saban tahun.
